Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« December 2008 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
Entries by Topic
All topics  «
You are not logged in. Log in
Hayyati....
Friday, 26 October 2007
"Pesanan Untuk Anakku"

Suatu ketika, Lukmanul hakim telah berpesan kepada anaknya, seorang shabat nabi yang alim dan berfalsafah.....

  

 

  "Wahai anakku, ketahuilah sesungguh nya dunia ini dalam kehancuran bagaikan lautan yang karam di dalamnya, jika engkau ingin selamat layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah".


  "Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat diri kepada Allah,maka ia orang yang Tawaduk,lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
wahai anakku,seandainya IBUBAPA marah kepadamu, kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya IBUBAPA mu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman".


  "wahai anakku, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.
wahai anakku,jikalau engkau mempunyai pilihan, menziarahi orang yang mati atau hadir ke majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang yang mati, kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat  sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi".


  "wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan sahaja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, keranan manis belum tentu menimbulkan kesenangan dan pahit belum menentukan kesengsaraan".


  "wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila engkau selalu mencari ilmu tapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar,tetapi setelah banyak dia tidak mampu memikulnya,padahal dia masih mahu menambahkannya".


  "wahai anakku, bila masa engkau mencari kawan sejati,maka ujilah terlebih dahulu  dengan berpura-pura membuat ianya marah. bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan,jika tidak demikian,maka berhati-hatilah".


  "wahai anakku bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah ia yang mengharapkan sesuatu daripadamu".


  "wahai anakku,bergaul rapatlah dengan orang yang alim  lagi berilmu.Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sejuklah hati ini jika mendengar nasihatnya, hidupkah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagai tanah yang subur lalu disirami air hujan."


  "wahai anakku ambillah harta dunia ini sebagai keperluan sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. sebaliknya,janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya..kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka........"    


Mastika -haszarefey-


Posted by haszarefey at 6:31 AM EDT
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older